F

Aliff Syukri Minta Cadangan Jenis Kereta Baru, "Ini Jawab Netizen"

Aliff Syukri Minta Cadangan Jenis Kereta Baru, Pengikut Suruh Guna Untuk Bantuan Orang Susah
Tindakan usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memuat naik video sedang memilih sebuah lagi koleksi kereta mewah telah mengundang perhatian warganet.

Rata-rata pengikut meminta Aliff mengunakan wang tersebut untuk disalurkan kepada orang memerlukan memandangkan negara sedang dilanda pandemik COVID-19.

Malah, ada segelintir yang menegur agar Aliff lebih sensitif dengan situasi sekarang.










Menerusi rakaman video, pelantun lagu Bobo Di Mana meluahkan hasrat untuk membeli kereta baru bagi menggantikan Mercedes yang sudah dijual di Instagram (IG)nya.

BACA: Aliff Syukri Lelong Kereta Mewah Dengan Harga RM135,000

"Kereta apa yang sesuai untuk saya? Disebabkan kereta Mercedes dah let go..

"Saya carilah yang baru untuk naik hutan ke @sugehecoresort. Bermulalah pencarian kereta baru untuk keluarga. Korang rasa patut tidak saya beli kereta Toyota Cruise ini," tulisnya. 


Sumber : gempak.com

Aliff Syukri Minta Cadangan Jenis Kereta Baru, "Ini Jawab Netizen" Aliff Syukri Minta Cadangan Jenis Kereta Baru, "Ini Jawab Netizen" Reviewed by abmalik on 22:48 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.