Susulan Isu Jantina Sajat Yang JAKIM Tak Dapat Kenalpasti Sampai Sekarang, Ini Respond Da’i Wan Yang Membuka Mata Kita Tentang Realiti Dunia Sekarang..
Seperti yang kita nampak, isu LGBT dekat Malaysia ni macam dah tak ada jalan penyelesaian. Rakyat mendesak pihak berwajib untuk ambil tindakan terhadap golongan LGBT yang terang-terangan menonjolkan diri tanpa malu seperti Sajat dan teman lelaki dia, si Coach Yin tu.
Tapi, tahukah korang yang selama ini pihak Jakim tidak berdiam diri dan sentiasa cuba sehabis baik untuk banteras isu LGBT dalam negara ni?
Tweet dari Da’i Wan semalam membuka rahsia di sebalik tabir yang berlaku kepada pihak Jakim dalam proses dan usaha membanteras masalah LGBT yang berleluasa.
Da’i Wan menjelaskan isu ini lepas ada satu tweet tentang Sajat dan Coach Yin dapat perhatiannya di Twitter. Individu tu ibarat memerli Jakim kerana isu Sajat ni dah macam tak ada kesudahan dari dulu lagi.
“Itu hari ambil masa sebelum nak check status jantina Sajat. tak tahu apa keputusan Jakim soal jantina itu hari. Yang pasti, Jakim main tarik tali.”
The Dhani- haha. tak sabar aku nak tengok jakim menggelupur dengan kes sajat ni. itu hari ambik masa sebelum nak check status jantina sajat. tak tau apa keputusan jakim soal jantina itu hari. yang pasti, jakim main tarik tali lah. itu jelas.
Da’i Wan kemudian ada jelaskan pada individu ni dan pengguna Twitter lain yang pihak Jakim sentiasa membincangkan hal ehwal LGBT bersama Persatuan Ulama Malaysia dan pegawai-pegawai syariah.
Apa yang lebih mengejutkan, rupa-rupanya selama ini dalam pada mereka berusaha untuk banteras LGBT, Jakim telah dihalang oleh kuasa duit dan civil law!
Oh, tapi jangan pula korang salah faham ye. Kata Da’i Wan, dihalang kuasa duit tu bukan bermaksud Jakim terima rasuah. Maksud sebenarnya, mereka disaman oleh orang kaya yang berduit dan menggunakan civil law.
Ada juga netizen yang mempersoal sama ada Sajat akan dibenarkan berkahwin hanya kerana Jakim takut disaman. Tapi, menurut Da’i Wan, tanggapan itu salah. Jakim bukan takut disaman, tapi tak ada duit untuk saman semula.
Korang sendiri pun mesti nak tengok golongan LGBT berjaya dibanteras kan? Sebab tu, Da’i Wan minta rakyat sama-sama mendoakan mereka yang membanting tulang untuk selesaikan masalah LGBT yang berleluasa ni.
Sumber: Lobak Merah
Susulan Isu Jantina Sajat Yang JAKIM Tak Dapat Kenalpasti Sampai Sekarang, Ini Respond Da’i Wan Yang Membuka Mata Kita Tentang Realiti Dunia Sekarang..
Reviewed by abmalik
on
10:14
Rating:
No comments: