Buat perempuan Muslim yang selalu solat di surau awam pusat membeli belah pasti perasan keadaan telekung yang kotor, berbau dan sampai bertahi lalat di bahagian muka. Kita nak pakai telekung tu pun rasa geli je. Ada tu pula make up tak cuci habis sampai melekat kat telekung tu.
Tapi pujian harus diberikan pada pihak AEON Shah Alam kerana menukar telekung di surau wanita setiap hari mengikut warna lace pada telekung demi menjamin kebersihan dan keselesaan pengguna.
Macam ni lah baru bagus kan. Kita nak solat pun rasa selesa dan tak terganggu dengan bau yang tak sepatutnya. Surau lain pun boleh contohi surau di AEON Shah Alam.
Surau di Pusat Membeli Belah Shah Alam, Tukar Telekung Setiap Hari Untuk Kebersihan...
Reviewed by abmalik
on
19:58
Rating:
No comments: