F

Bayi 2 bulan maut dikelar ibu sendiri..

Wanita berusia 32 tahun yang dipercayai mengalami masalah emosi bertindak mengelar leher bayinya yang berusia dua bulan ketika suaminya keluar ke kedai. Ya Allah... kesian budak tu..



KOTA BHARU - Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut dipercayai dikelar oleh ibunya sendiri di kuarters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, petang tadi, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, mangsa berkenaan dipercayai dikelar di leher oleh ibunya yang berusia 32 tahun dengan menggunakan pisau pemotong sayur.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Sr Ab Rahman Ismail berkata, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di atas tilam di ruang tamu kediaman mereka dan kejadian itu disedari oleh jiran mangsa yang menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian. suspek masih berada di ruang tamu manakala mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

"Difahamkan ketika kejadian, dua anak suspek berlari keluar dari rumah selepas melihat kejadian itu, manakala suaminya keluar ke kedai.

"Kita percaya, mangsa mungkin mengalami gangguan emosi dan siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian," katanya.

Suspek telah ditahan polis untuk siasatan lanjut dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat. - The Reporter
Bayi 2 bulan maut dikelar ibu sendiri.. Bayi 2 bulan maut dikelar ibu sendiri.. Reviewed by abmalik on 07:09 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.