F

(Video) Singa Cuba Terkam Budak Tapi Hampa Lepas Dihalang Dinding Kaca...

Chiba, Jepun - 5 Jun : Satu video yang merakam aksi mendebarkan seekor singa cuba menerkam seorang kanak-kanak namun hampa apabila dia tersangku di dinding kaca yang memisahkan antara haiwan pemburu itu dengan kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak yang berusia 2 tahun itu baru saja berpaling dari singa terbabit sebelum singa itu dilihat cuba menerkam ke arahnya.

Namun harapan singa itu berkecai apabila dia tersangkut pada dinding kaca itu.

Menurut penjaga zoo berkenaan, singa yang sebera 181kg itu selalu teruja apabila melihat kanak-kanak kecil dan mahu bermain dengan mereka.


Di internet, sesetengah netizen meluahkan rasa kesian terhadap singa tersebut dimana nalurinya untuk memburu ditidakkan apabila ia dikurung untuk tontonan manusia. -Siakapkeli.my

(Video) Singa Cuba Terkam Budak Tapi Hampa Lepas Dihalang Dinding Kaca... (Video) Singa Cuba Terkam Budak Tapi Hampa Lepas Dihalang Dinding Kaca... Reviewed by abmalik on 11:39 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.