F

Video: Anggota Polis Tampar Wanita Depan Balai...

Sedih bila melihat video ini.
Wanita tersebut mengenakan sweater (masih berpantang), mungkin sejuk agaknya sambil ditemani ibunya yang terbongkok-bongkok yang usianya barangkali lewat 70an. Si polis durjana itu, dengan angkuh bergegas ke luar pintu balai dan terus menampar si wanita.

p/s : Info diterima si wanita adalah isteri kepada si polis. Walau apa masalah sekalipun, menampar si isteri bukanlah 1 jalan yang terbaik. Apatah lagi di tempat umum.



KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis didakwa memukul seorang wanita dipercayai isterinya yang masih dalam pantang.

Menerusi video yang tersebar, kejadian dikatakan berlaku di Balai Polis Felda Redong dekat Segamat, Johor.

Seorang wanita bernama Eyka Zulaikha yang melihat kejadian itu telah merakam video dan kemudian memuat naik rakaman tersebut di Facebook.




Video itu dimuat naik dengan kapsyen berbunyi; “Tindakan seorang anggota polis Redong yang kurang ajar sanggup bersikap kasar terhadap isteri yang dalam pantang!!! tolong viralkan supaya di ambil tindakan dengan segera!!!,” tulisnya.

Berdasarkan visual berkenaan, dilihat seorang wanita berjalan terbongkok-bongkok sambil menggendong seorang kanak-kanak dan dipimpin oleh ibunya.

Seorang lelaki yang dipercayai anggota polis di balai berkenaan telah keluar lalu menampar wanita berkenaan.
Video: Anggota Polis Tampar Wanita Depan Balai... Video: Anggota Polis Tampar Wanita Depan Balai... Reviewed by abmalik on 09:29 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.