F

SUNGGUH MELAMPAU!! Video Murid Ini Buat ‘Suprise’ Hari Jadi Kepada Guru NAMUN Jangan Terkejut Apa Yang DI TERIMANYA...!!

SUNGGUH MELAMPAU!! Video Murid Ini Buat ‘Suprise’ Hari Jadi Kepada Guru NAMUN Jangan Terkejut Apa Yang DI TERIMANYA...!!



SUNGGUH MELAMPAU!! Video Murid Ini Buat ‘Suprise’ Hari Jadi Kepada Guru NAMUN Jangan Terkejut Apa Yang DI TERIMANYA...!! Agak-agakla nak PRANK cikgu macam tu...patutke murid buat macam ni kat cikgu dia??


VIDEO seorang murid sekolah rendah yang memberi kejutan kepada gurunya dengan disorokkan di dalam sebuah kotak menerima pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Perkongsian yang dimuat naik di sebuah laman komuniti India itu menunjukkan seorang guru wanita menerima hadiah besar yang diikat reben kuning ketika di dalam sesi perhimpunan di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil.


Menerusi rakaman itu, sewaktu guru tersebut menggunting reben, muncul murid berkenaan dari dalam kotak dengan menyampaikan kad bertulisan “Sasiga”.

Kejutan yang diberikan kepada guru wanita itu membuatkan dia tersenyum yang kemudiannya disusuli tepukan gemuruh daripada murid-murid.

Bagaimanapun, tinjauan kami di ruangan komen mendapati pelbagai pendapat yang berbeza-beza dipersoalkan netizen mengenai hal keselamatan murid lelaki itu.

Rata-rata netizen risau dengan keadaan murid itu yang menurut mereka boleh jatuh pengsan sekiranya tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukup sewaktu berada di dalam kotak.

“Tindakan yang paling bodoh pernah dibuat orang. Apakah ibu bapanya dimaklumkan terlebih awal? Apa kata jika kanak-kanak itu pitam di dalam kotak?,” kata Jseelan Mahen.

“Itu idea yang hebat… seharusnya kotak itu disiapkan dan dibawa ke depan sebelum reben dipotong. Jadi tidaklah berpeluh sangat murid itu.

“Kerana dia berpeluh banyak, itu menunjukkan kanak-kanak itu berada di dalam ruang kecil sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit. Dan cara ini berbahaya! Tidak boleh bayangkan kalau anak saya sendiri berada di dalam kotak itu,” tulis Selva Raj.

"Tindakan ini salah. Janganlah terfikir tiada apa-apa yang buruk akan berlaku. Apa sahaja boleh terjadi dalam masa satu minit. Buatlah cara yang lebih baik untuk menghargai orang lain tetapi bukan cara ini,” kata Puvaneswary Selvaraju.

Namun ada juga pengguna yang mempertahankan tindakan tersebut, menjelaskan kotak itu telah dibuat lubang agar murid berkenaan tidak kelemasan.

“Saya tidak nampak sebarang kesalahan di sini. Mungkin sebahagian kita tidak sedar terdapat lubang pada kotak itu untuk membolehkan dia menyedut udara dan mereka juga memilih seorang murid bersaiz kecil. Jadi dalam aspek keselamatan, penganjur sudah penuhi. Jangan terlalu manja,” kata Maran Chanthiran.- MYNEWSHUB.CC
SUNGGUH MELAMPAU!! Video Murid Ini Buat ‘Suprise’ Hari Jadi Kepada Guru NAMUN Jangan Terkejut Apa Yang DI TERIMANYA...!! SUNGGUH MELAMPAU!! Video Murid Ini Buat ‘Suprise’ Hari Jadi Kepada Guru NAMUN Jangan Terkejut Apa Yang DI TERIMANYA...!! Reviewed by abmalik on 22:20 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.