loading...
loading...

MAYAALLAH KENAPA NIE AIDA JEBAT MUKA HABIS CALAR-CALAR MACAM NI CAKAR JE NAK TAHU LEBIH LANJUT ARTIS INI JOM BACA ARTIKEL INI

MAYAALLAH KENAPA NIE AIDA JEBAT MUKA HABIS CALAR-CALAR MACAM NI CAKAR JE NAK TAHU LEBIH LANJUT ARTIS INI JOM BACA ARTIKEL INI






SEWAKTU Ayda Jebat ditawarkan untuk membintangi filem Pinjamkan Hatiku sekitar penghujung tahun lalu, jiwa diwarnai dengan pelbagai rasa.
Pada masa sama, Ayda atau nama lengkapnya, Nur Suhada Jebat bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen dalam naskhah filem pertamanya itu.
Sebagai seorang yang sentiasa optimis, tiada sekelumit bayangan hitam terlintas dalam kotak fikiran wanita kelahiran Melaka itu mengenai dugaan dan halangan yang terpaksa dilalui sepanjang proses penggambaran.
Seperti kata pepatah, patah sayap bertongkat paruh, apa jua kesukaran sepanjang penggambaran tidak mematahkan semangat Ayda.
Ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini, penyanyi lagu Pencuri Hati itu mengakui mengalami beberapa kecederaan pada pipi dan kaki ketika menjayakan beberapa babak dalam filem arahan Osman Ali itu.
Dalam masa yang sama, Ayda turut memberikan penjelasan terhadap komen-komen kurang enak yang diterimanya di YouTube impak iklan AuraWhite dan klip video lagu tema jenama tersebut, Shake Shake You All.
KOSMO!: Boleh Ayda kongsikan sedikit mengenai perkembangan proses penggambaran filem Pinjamkan Hatiku?
AYDA: Setakat ini, saya dan pelakon lain iaitu Shaheizy Sam dan Farid Kamil telah pergi ke beberapa lokasi di sekitar Malaysia untuk menyudahkan proses penggambaran. Antaranya Tasik Chini, Air Terjun Pelangi dan Sungai Lembing, Pahang. Proses penggambaran berlangsung tanpa sebarang masalah. Cuma, saya ada mengalami beberapa kecederaan sewaktu melakonkan beberapa babak.
Bagaimanakah anda boleh tercedera?
Keadaan hutan di Sungai Lembing dipenuhi pokok dan ranting panjang dan melingkar. Dalam satu babak yang menuntut Sam mendukung saya, duri yang ada pada ranting telah terkena pada pipi kanan saya. Keesokan harinya, kaki kiri pula cedera akibat terkena buluh rakit. Memang sakit, tetapi saya perlu bersikap profesional dan penggambaran perlu diteruskan.
Bagaimanakah pengalaman bekerja dengan Osman Ali?
Bagi saya, dia merupakan seorang pengarah yang sangat baik. Dia tidak pernah meninggikan suara kepada saya dan pelakon lain. Banyak perkara tentang bidang perfileman yang saya belajar daripadanya.
Adakah anda diberi latihan intensif sebelum memulakan penggambaran?
Kami bernasib baik kerana Osman begitu peka terhadap permintaan para pelakonnya untuk memperbaiki mutu lakonan. Jadi, pelakon tersohor, Fauziah Ahmad Daud telah diberi kepercayaan membimbing kami selama dua minggu sebelum memasuki set penggambaran.
Bagaimana pula perasaan anda apabila dapat berkolaborasi dengan dua aktor handalan seperti Shaheizy Sam dan Farid Kamil?
Sam dan Farid merupakan pelakon yang hebat. Mereka tidak pernah memandang remeh terhadap watak yang telah dipertanggungjawabkan. Jadi, secara tidak langsung, saya juga terikut-ikut dengan cara dan kesungguhan mereka.
Baiklah, beralih ke topik lain. Baru-baru ini, anda sekali lagi diselar sebagai artis gedik apabila muncul menerusi iklan jenama minuman kesihatan AuraWhite yang dimuat naik di YouTube. Boleh anda jelaskan?
Orang memang sentiasa akan mengkritik walaupun mereka tidak tahu betapa susahnya pembikinan dan perjalanan rangka promosi sesebuah produk. Saya tidak kisah jika dilabel gedik kerana saya tahu apa yang saya buat.
Bagaimana pula reaksi anda apabila ada segelintir peminat mendakwa klip video lagu tema AuraWhite, Shake Shake You All dikatakan nampak murah?
Pada pendapat saya, video tersebut sangat cantik dan ia dirakamkan dalam masa sehari sahaja. Lagipun, hanya jenama AuraWhite yang berani membuat pelaburan menerbitkan lagu dan klip video untuk produk keluarannya. Itu merupakan satu kelainan bagi saya. Apa sahaja pandangan negatif khalayak, itu terpulang kepada mereka.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz452fKpWLr

Post a Comment

loading...