SEORANG wanita menjadi mangsa jenayah siber apabila gambarnya di aplikasi sosial diedit hingga menjadi gambar dan video lucah oleh seorang lelaki tidak dikenali.
Kisah yang menimpa pengguna media sosial menggunakan nama Bieyla Faira ini tersebar selepas dia berkongsikanya di sebuah grup diFacebook.
Pada mulanya dia menyangka pelanggan tersebut mahu menggunakan khidmat kereta sewa yang dijalankannya, namun rupa-rupanya mempunyai niat jahat lain.
“Apa perlu buat kalau orang buat macam ni kat kite? Dia add saya dan kemudian sayaaccept dia serta saya promote kereta sewa saya pada dia.
“Kemudian dia balas mesej saya dengan beri salam dan statement seperti dalam gambar. Kenal batang hidung pun tidak.
“Gambar itu dia ambil dari ‘Moment’ WeChat atau Facebook, mungkin. Dah biadab betul anjing ini!” kata Bieyla Faira dari Kampong Seberang Balok.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, lelaki terbabit mengakui bahawa dia telah menyunting gambar Bieyla menjadi gambar bogel dan video tidak senonoh sambil pura-pura meminta maaf atas perbuatan terkutuknya itu.
Rata-rata netizen percaya si pelaku sengaja bertindak sedemikian untuk memeras wang kerana beranggapan mangsa kurang berpengetahuan mengenai jenayah siber.
Justeru, netizen menasihatkan mangsa agar membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung isu berkenaan. – MYNEWSHUB.CC
“Saya Dah Edit Gambar Bogel Dan Video Seks Awak”
Reviewed by abmalik
on
04:07
Rating:
No comments: