F

TMJ 'Tayang Harta' 'SINDIR' Pengkritiknya...



Selepas dikritik akibat bersalaman dengan isteri kapten skuad Johor Darul Takzim (JDT) Mohammad Safiq Bin Rahim ketika merasmikan pembukaan cafe pemain tersebut minggu lalu.

Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor memuat naik sebuah video 'sindiran' kepada para pengkritiknya di laman Facebook JOHOR Southern Tigers.

Video berdurasi kurang 20 saat itu memaparkan seorang wanita ingin bersalaman dengannya dan selepas itu Tunku menyarungkan sarung tangan berwarna hijau bagi bersalaman dengan wanita terbabit.

Sebelum itu awal pagi tadi Tunku juga sudah memuat naik status
'HANYA ALLAH SAHAJA BOLEH MENILAI SAYA' berkenaan isu yang sama.




Surah al-An'am; 70

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَنْ تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِنْ تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَا يُؤْخَذْ مِنْهَا ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ

Maksudnya:
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).

Maksud perbuatan mempersendakan agama :

Perkataan atau perbuatan yang menjatuhkan martabat agama.

Contoh perbuatan mempermainkan agama :

1. Memperkecilkan tuntutan agama

2. Bangga apabila melanggar larangan Allah

3. Menghina orang yang bertakwa

4. Menyanjung perbuatan maksiat

5. Tidak bersolat

6. Makan di khalayak ramai pada siang hari di bulan ramadhan

7. Tidak membayar zakat
TMJ 'Tayang Harta' 'SINDIR' Pengkritiknya... TMJ 'Tayang Harta' 'SINDIR' Pengkritiknya... Reviewed by abmalik on 05:09 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.