Sayu…luahan suami yang kehilangan isteri akibat kanser ini meruntun hati yang membacanya…
Semuanya berlaku terlalu pantas. Dalam saya bersiap dan telah tinggalkan amanat kepada anak-anak saya, abang dan kakak supaya jaga adik² kerana abah akan duduk lama di Hospital Selayang, mungkin satu bulan temankan mama. Saya ambil bilik wad yang khusus untuk saya berkampung, agar boleh menjaga dan menemannya. Saya tidak sewa bilik lain untuk ulang alik menjaganya.
Tak sempat satu bulan, 5 hari dia telah kembali.
Dia isteri yang penyabar dan taat pada suami. Sangat menjaga solat, puasa, zakat. Dia sangat baik pada mak saya dan sangat menjaga mak dia sendiri.
Dia yang terbaik dan benar solehah.
Pemuda Jabatan Amal Wilayah yang berada ditepi jenazah sepanjang perjalanan bawa pulang ke Terengganu saya terdengar berbual dengan kawannya beritahu jenazah berbau harum.
Saya rasa sunguh goncang dengan hilangnya dia.

HANYA kalimah Allah, Allahu Akbar, Laa Ilaaha Illallah yang bersilih ganti dari bibir.
Tiada perkataan lain, tiada sebut sakit, tiada minta itu ini, tiada memanggil nama sesiapa.
Itu 2 hari sehingga akhir hayatnya yang saya sendiri berada disisi, rapat ke telinganya menyebut laa ilaaha illallah hingga nafas dan denyut terakhir.
Dalam bilik yang penuh dengan anak² dan adik-beradik serta kenalan² yang tidak sunyi dari zikir dan Yaasin. Tiada perkataan lain. Semua fokus bantu pemergiannya.
Kami menolak untuk memandi dan kafankan arwah di Hospital. Kami sempurnakan sendiri bersama anak anak. Dimandi dan kafan oleh ibunya sendiri dan ibu saya, anak anak dan adik beradik dia dan adik beradik perempuan saya.
Kami mandikan dalam bilik tidur utama rumah kami kerana 15 tahun lalu ketika membinanya, fokus kami pada bilik itu berbincang supaya saiz dan susunan sesuai untuk urusan jenazah kami bila tiba saat kami. Saya tunaikan hasratnya.
Saya imamkan sendiri solat jenazahnya. Dan saya sudah sampaikan pesanannya.
Azizah Mahmoodd talipon saya dari Terengganu beritahu orang kampung tak mahu guna case untuk gali liang kubur. Mereka mahu serba sikit pakat-pakat gali bersama sama guna tangan.
Kami usungnya beramai ramai dari rumah saya ke Masjid Lama Durian Burung dengan berarak. Cuaca tidak panas, redup, tapi tidak hujan.
Memang ramai yang solatkan. MLDB punya kapasiti 500 jemaah solat saf biasa. Ini solat jenazah safnya rapat, penuh juga ruangnya.
Semuanya menyahut “Thoyyibah!” bila ditanya ehwal keadaan jenazah.
Luahan Oleh Ahmad Amzad Hashim

Reviewed by abmalik
on
05:15
Rating:
No comments: