Saya terpaksa jual rempeyek untuk besarkan 6 orang anak kita. Kita bercerai bukan sebab “Reunion Sekolah” !
Saya terpaksa jual rempeyek untuk besarkan 6 orang anak kita. Kita bercerai bukan sebab “Reunion Sekolah” !
KUALA LUMPUR, 31 Jan — Bekas isteri kedua penyampai radio berkata punca penceraiannya bersama Salih Yacob bukanlah disebabkan kerana menghadiri majlis pertemuan semula sekolah atau “reunion” tetapi isu yang sudah lama dipendamkan.
Nor Raha Hamad berkata Salih juga tidak pulang ke rumah selama dua bulan selepas hasrat untuk berpisah diutarakan kepada bekas suaminya itu.
“Selepas saya luahkan hasrat untuk berpisah, dia terus mendiamkan diri selama dua bulan. Sepanjang tempoh itu juga, dia langsung tidak menghubungi saya untuk bertanyakan khabar.
“Malah saya juga tidak ada menerima apa-apa mesej atau WhatsApp daripadanya. Dia juga langsung tak balik ke rumah ketika itu.
“Sehinggalah saya betul-betul rasakan sudah tiba masanya dan minta untuk dilepaskan, maka kami berpisah secara rasmi pada 1 September tahun lepas,” katanya seperti dilaporkan akhbar Kosmo hari ini.
Salih, 55, semalam dilaporkan berkata majlis “reunion” dan media sosial menjadi punca penceraiannya bersama Raha.
“Zaman Facebook, zaman khidmat pesanan ringkas (SMS) ini, orang suka sangat anjurkan sesi reunion dengan kawan-kawan sekolah.
“Ini sangat bahaya sebab perkara ini boleh membawa kepada punca perceraian. Buktinya, itulah juga yang terjadi kepada saya dan isteri sehingga kami akhirnya berpisah.
“Selepas 23 tahun berkahwin, kami berpisah tidak lama selepas acara reunion sekolah dia,” kata Salih kepada Utusan Malaysia.
Raha, 47, berkata “reunion” bukanlah menjadi penyebab robohnya rumah tangga mereka tetapi isu yang tidak diselesaikan.
Katanya, hubungannya bersama suami baharu bertaut selepas diceraikan Salih.
“Majlis perjumpaan itu baru sahaja dalam dua bulan kebelakangan ini. Saya menyangkal dakwaan yang mengatakan punca penceraian ini mempunyai kaitan dengan ‘reunion’ mahupun kehadiran orang ketiga.
“Saya memang tidak pernah ada hubungan dengan mana mana lelaki lain sepanjang bergelar isterinya. Soal berkawan dengan lelaki yang kini menjadi suami baharu saya, ia berlaku selepas saya sah bercerai.
“Sepanjang saya masih isterinya yang sah memang tidak ada apa apa hubungan lain. Jadi tidak timbul isu orang ketiga,” dia dilaporkan berkata. – themalaymailonline
Nor Raha lega dicerai Salih
Nor Raha Hamad, 47, mendedahkan, dia sebenarnya sudah memohon untuk dilepaskan sejak Julai tahun lepas tetapi Salih tidak mengendahkan permintaannya sehinggalah pada bulan September.
Jelasnya, punca penceraian mereka bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh Salih, 55, sebaliknya dia sudah lama memendam rasa akibat Salih tidak memberi perhatian kepadanya serta berlaku tidak adil sepanjang berkahwin. Malah, soalnya, bagaimana isu pertemuan dengan rakan-rakan sekolah lama atau reunion mahupun wujudnya orang ketiga dijadikan punca sedangkan dia mengenali suami baharunya sejak kecil lagi dan tidak pernah bersekolah sama.
“Poligami itu tidak salah dan tipulah kalau saya katakan, hidup bermadu ini manis-manis belaka. Mesti ada satu ketika kita akan terasa sekiranya suami kita melebih-lebihkan isteri yang lain.
“Sebenarnya saya sudah lama meminta untuk dilepaskan iaitu sejak 2012 lagi tetapi, tahun lepas saya nekad untuk bercerai. Bukan kerana orang ketiga, cuma saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mengundurkan diri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Salih baru-baru ini mendedahkan wujudnya orang ketiga dalam perceraian itu setelah bekas isterinya menghadiri majlis reunion bersama rakan-rakan sekolah lamanya.
Mengulas lanjut, ibu kepada enam orang anak itu berkata, masalah kewangan juga adalah salah satu punca keruntuhan rumah tangga yang dibina kira-kira 23 tahun lalu.
“Jangan menafikan masalah kewangan adalah punca. Selama ini saya meniaga sendiri dengan menjual rempeyek untuk menyara hidup anak-beranak. Bukan Salih tidak memberi wang tetapi, mana cukup untuk kami enam beranak.
“Saya percaya ini adalah jalan yang terbaik dan saya rasa lega serta tidak menyesal. Saya berharap agar semua pihak tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap saya dan keluarga,” katanya. – utusan
Saya terpaksa jual rempeyek untuk besarkan 6 orang anak kita. Kita bercerai bukan sebab “Reunion Sekolah” !
Reviewed by abmalik
on
06:35
Rating:
No comments: