F

NAH..!! "Untuk Peminat Tegar STRBUCKS SILA BACA" KAJIAN: 25 Sudu Gula, Minuman Starbucks Antara Paling Tidak Sihat!


Minuman Coke dan air bergas mengandungi 9 sudu gula dan ia sudah dianggap tinggi dan tidak berkhasiat.

Namun, tanpa kita sedar ada banyak lagi minuman lain yang mengandungi kandungan gula 3 kali ganda.

Menurut laporan The Independent, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh “Action On Sugar” di Britain mendapati, kandungan gula yang ada dalam minuman-minuman tersebut sangat mengejutkan.

Kira-kira 98 peratus minuman itu mengandungi terlalu banyak gula dan harus diberikan“label merah” kerana ia berbahaya untuk kesihatan.
FAKTA: Minuman berperisa buah mengandungi 25 sudu gula



Kumpulan itu mengkaji 131 minuman panas termasuk kopi, mocha, latte, minuman buah dan coklat di kedai kopi popular dan rangkaian restoran makanan segera di negara tersebut.

Kajian mendapati satu pertiga daripada jenis-jenis minuman panas tersebut mengandungi gula lebih tinggi daripada jumlah 9 sudu di dalam Coke.

Salah seorang penyelidik berkata, tidak hairanlah kadar kegemukan paling tinggi adalah di Eropah.
FAKTA: Minuman lain di Starbucks mengandungi 20-22 sudu gula


Minuman Starbucks adalah yang paling tinggi kandungan gulanya iaitu 25 sudu dalam setiap hidangan air anggur bersaiz venti, dan air buah berperisa oren dan kayu manis.

Minuman-minuman lain pula mengandungi antara 20 hingga 22 sudu gula.


Minuman latte syarikat Costa Coffee mengandungi 20 sudu gula, sementara mocha syarikat KFC mengandungi 15 sudu gula, sama seperti coklat panas Starbucks.

Susulan kajian tersebut, Starbucks and Costa berjanji akan menurunkan kandangan gula di dalam minuman mereka agar lebih sihat. Kredit : http://hanasuva.com/
NAH..!! "Untuk Peminat Tegar STRBUCKS SILA BACA" KAJIAN: 25 Sudu Gula, Minuman Starbucks Antara Paling Tidak Sihat! NAH..!! "Untuk Peminat Tegar STRBUCKS SILA BACA" KAJIAN: 25 Sudu Gula, Minuman Starbucks Antara Paling Tidak Sihat! Reviewed by abmalik on 03:55 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.