F

BEGINIKAH BUDI BAHASA SEORANG MENTERI MENJAWAB TEGURAN SULTAN?





Apa patut kita panggil menteri yang seorang ini? Biadap? Kurang ajar? Tiada budi bahasa? Atau sombong dan angkuh?

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan berkata, kerajaan tidak mempunyai kuasa menghalang pemaju daripada membina rumah mahal berbanding perumahan mampu milik kerana Malaysia bukanlah sebuah negara komunis.

Katanya, apa yang boleh kerajaan lakukan hanyalah merayu kepada pemaju agar di samping membina rumah mewah, turut juga melaksanakan tanggungjawab sosial membina rumah-rumah mampu milik.

Kita tak boleh kata jangan bina rumah mahal kerana ini bukanlah negara komunis. Kita sebuah negara demokrasi dan setiap ahli perniagaan berhak membina jenis rumah yang mereka mahukan, katanya lagi.

Jawapan ini diberikan oleh Abdul Rahman sebagai reaksinya atas teguran Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah terhadap pemaju-pemaju perumahan kebelakangan ini yang kelihatan lebih suka membina rumah mahal berbanding rumah-rumah mampu milik.

Titah baginda, istilah rumah “mampu lihat” semakin disuarakan oleh rakyat berpendapatan rendah, terutama di kalangan orang-orang Melayu dan Bumiputera berikutan ianya diluar kemampuan mereka untuk memillikinya.

Baginda seterusnya bertitah, negara harus berhati-hati serta meletakkan kepentingan jangka panjang untuk mengelakkan penjajahan melalui instrumen pemilikan hartanah yang pada akhirnya boleh menyebabkan pribumi “merintih sendiri kerana bumi dipijak milik orang.”


Penulis Shahbudin Husin – Gambar The Ant Daily

Sesungguhnya, teguran baginda itu amat bersesuaian sekali dengan apa yang berlaku sekarang dan kerajaan seharusnya bersikap positif serta mengambil berat mengenainya, bukannya menjawab dengan alasan, “kita bukan negara komunis.”

Bukankah jawapan sebegitu sama sekali tidak melambangkan budi bahasa yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang menteri dalam berkomunikasi dengan Sultan?

Meskipun bersetuju dengan teguran Sultan Perak itu, tetapi kenapa perlu menyebut “kita bukan negara komunis” sebagai alasan terhadap perkara yang dibangkitkan oleh baginda?

Apakah Abdul Rahman mahu menunjukkan kepada orangramai bahawa seolah-olah Sultan Perak tidak tahu apa-apa dalam teguran itu dan kerajaan juga tidak boleh berbuat apa-apa untuk menanganinya?

Tidakkah Abdul Rahman sedar bahawa Sultan Nazrin bukan saja seorang Sultan atau “payung negeri” yang dihormati dan disayangi kerana keprihatinannya dengan rakyat, tetapi juga disebabkan baginda berkelulusan tinggi sehingga ke tahap Doktor Falsafah?

Dalam pada itu, benarkah kerajaan tidak ada kuasa sama sekali dalam menguatkuasakan peraturan kepada pemaju untuk membina rumah-rumah mampu milik sebagaimana yang disebutkan oleh Abdul Rahman itu?

Habis, apa kuasa yang kerajaan ada sebenarnya?

Buat apa setiap kali pilihanraya, UMNO, BN dan menteri-menteri meminta kepada pengundi agar mereka diberikan kuasa untuk membela rakyat jika untuk membina rumah mampu milik (bukannya diminta percuma pun), kerajaan boleh berkata tiada kuasa?

Jika begitu, bukankah lebih baik ditukar saja kerajaan yang ada ini? – Sumber Shahbudin Husin
BEGINIKAH BUDI BAHASA SEORANG MENTERI MENJAWAB TEGURAN SULTAN? BEGINIKAH BUDI BAHASA SEORANG MENTERI MENJAWAB TEGURAN SULTAN? Reviewed by abmalik on 01:30 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.