Video: Ibu Diburu, Pijak Anak Tanpa Belas Kasihan..



SEORANG wanita diburu pihak berkuasa tempatan selepas tersebar sebuah klip video memaparkan kanak-kanak dipijak dan diperlakukan secara kejam olehnya.

Menerusi klip video berdurasi 49 saat itu, si ibu yang memakai crop top berwarna hijau dan seluar pendek denim dilihat memijak dan berdiri di atas dada anaknya itu sambil kedengaran tangisan si anak meminta belas kasihan.


Namun tanpa menghiraukan jeritan anaknya itu, si ibu nekad mengheretnya di atas jalan yang penuh pasir dan batu-batu kasar dengan ganas. Difahamkan video tersebut dirakam di Escuintla, sebuah bandar dalam Guatemala, Selatan Mexico.


Lantaran tersebarnya video tersebut, pihak Pejabat Peguam Negeri untuk Hak Asasi Manusia (PDH) tempatan turut sama berkongsi video tersebut untuk mengenal pasti identiti mangsa.

“Bantu kami mencari budak yang dizalimi ini, kami memerlukan nama dan alamat ibu kanak-kanak malang berkenaan. Sebarang maklumat sila hubungi 1555,” tulisnya.

Selain itu, sebuah portal berita yang menyiarkan gambar kejadian tersebut turut menerima satu mesej dari individu yang tidak dikenali berkata, “Hello, saya mahu video ini menjadi viral supaya wanita itu dapat ditangkap dan menghentikan keganasan tersebut”.

Video perlakuan kejam wanita itu telah ditonton lebih 187 ribu kali dan mencetuskan kemarahan pengguna media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

loading...