Remaja Pucat Teruk Dihempap Batu, Apa Yang Dilakukan Lelaki Ini Pasti Buat Korang Tabik!

Remaja Pucat Teruk Dihempap Batu, Apa Yang Dilakukan Lelaki Ini Pasti Buat Korang Tabik!



Bagi korang yang suka melakukan aktiviti lasak atau outdoor, amat penting bagi korang untuk menyediakan ‘first aid kit’ setiap kali melakukan sebarang aktiviti sebagai persediaan sekiranya menghadapi sebarang kecederaan. Yelah, macam yang orang selalu cakap malang itu tidak berbau.

Seperti yang dialami brader ini, fuhh tak dapat kami bayangkan apa yang akan jadi kalau tak ada siapa yang membantu, dahla kepala terkoyak akibat dihempap batu, darah pulak mengalir dengan banyak. Nyaris-nyaris je…

Mandi manda di Sg Chilling tiba-tiba dengar ada orang menjerit panik



Pagi tadi, disebabkan hari ini merupakan hari terakhir sebelum Ramadhan, aku membuat keputusan untuk mandi manda di sungai Chilling dengan 2 orang lagi rakan aku, Muvin dan Sufyan. Semuanya berjalan lancar dan kami tiba di Air terjun utama Sg Chilling setelah trekking selama 40 minit dari pintu masuk. Setelah sampai, maka kami pun menikmati kesejukan air terjun sambil layan tiruk sepam dua. Masa tu orang memang ramai dan setelah puas berendam maka kami buat keputusan untuk lepak di tepi sambil menikmati roti dan tuna yang dibeli dekat Shell masa on the way datang ke KKB.

Tengah sedap makan, tiba-tiba terdengar suara orang menjerit panik. Aku pun terus berdiri untuk mencari punca suara tersebut. Kelihatan ada 3,4 orang sedang memikul seorang remaja lelaki yang kelihatan pucat semacam. Aku jangkakan mungkin remaja tersebut “cramp” sebab terlalu sejuk. Tapi bila mereka semakin hampir, aku tengok muka budak tu memang pucat teruk beb. Hati aku berkata ini bukan biasa-biasa ni. Aku terus turun dari batu tempat kami lepak sambil membawa minyak panas dan perskindol yang aku simpan dalam beg kalau ada kecemasan. Macam biasa memang ramai yang kerumun tapi tengok je lah. Mujur ada 2 orang gadis yang tolong cuba bagi dia sedar.

Kepala penuh berdarah ditimpa batu dari atas sebab ada orang naik bahagian yang dilarang



Sekali tengok kepala penuh dengan darah bro. Istighfar panjang aku kat situ. Seram sejuk dibuatnya. Aku terus bertanya pada orang yang pikul remaja tu tadi yang merupakan kawan kepada remaja tersebut. Rupanya ada batu yang jatuh daripada atas semasa mereka tengah berdiri di tepi kolam.Ada beberapa orang yang naik bahagian atas yang dilarang dan mungkin itu sebabkan batu terjatuh lalu menimpa mereka. 

Satu batu sebesar bata mungkin jatuh straight dekat kepala budak tu dan satu lagi di bahu kawan dia. Aku pun sapu perskindol di kaki dan badan remaja ni untuk bagi dia panas dan minyak panas sedikit di bawah hidung just untuk bagi dia sedar. Sekejap pengsan sekejap sedar mungkin sebab banyak hilang darah. Muvin yang call 911 guna hp seorang amoi yang baik hati inform yang rescue team akan tiba paling cepat dalam masa 2 jam. Gila apa. Budak ni macam dah separuh nyawa aku tengok.

Masa tulah aku buat keputusan untuk bawak budak ni sampai ke starting point. Walaupun aku tak kenal pun dia, tapi aku tak sanggup fikir kalau budak ni pergi disebabkan aku hanya tengok dan tak buat apa. At least kena usaha.

Bergilir-gilir pikul sampai ke starting point & disambut bomba



Maka kami bertiga dan seorang lagi bro yang aku tak kenal pada mulanya (lepas tu kenal, syahnaaz namanya, dan 2 orang rakan dia dah jadi runner ke depan panggil rescue sebab line hp takde) cuba angkut dia guna floating bed sape entah . Tapi jalan sikit dah tahu tak boleh sebab ini ialah trail hutan yang penuh dengan sungai dan kawasan tak rata jadi untuk 4 orang gerak sekali sangat tak praktikal. Maka sekali lagi kami ambil keputusan sukar iaitu untuk sorang2 pikul dia secara bergilir di belakang badan. Maka kami pun bergilir bawa dia meredah trail hutan dan merentas sungai. Serius cakap memang pancit tapi kenangkan nyawa orang maka kami gagahkan jugak. Terasa berguna bawak backpack berat time trip trans. Rupanya praktikalnya dekat sini. Entah selepas beberapa ketika kami pun sampai kira2 100m dari entrance dan disambut oleh abang2 BOMBA. Tugas seterusnya disambung oleh mereka dengan bantuan perubatan dan tak lama kemudian remaja ni dibawa ke hospital KKB. Latest update , dia dah sedar dan kepala kena jahit sebab koyak 8cm tapi masih lagi dalam tahanan doktor dan belum tahu apa result dia. Doakan dia cepat sembuh ya semua.

Apa yang aku belajar hari ni :

1. STAY CALM AND DONT PANIC.

Kalau ada apa2 jadi pada korang , bertenang. Panic akan menyebabkan korang hilang punca.

2. FIRST AID IS CRUCIAL

Setiap kali anda jalankan aktiviti outdoor, pastikan bawa at least basic first aid. U never know when shit happens. Aku pun bawak tak cukup tadi.

3. OBEY THE RULES.

Jangan pentingkan diri sendiri. Ada sebab pihak berkuasa letak signboard kawasan larangan. Mungkin bukan korang yang kena, tapi orang sekeliling yang tak bersalah yang kena.

4. COOPERATION

Daripada jadi orang yang tengok kalau ada kecemasan, cuba jadi orang yang menyumbang terutamanya kalau kita ada ilmu.

Akhir kata, kita tak boleh hidup di dunia seorang2. Selagi boleh sumbang, sumbanglah yang mana termampu. Jadilah seperti burung hud hud. Salam Ramadhan.


sumber: Farhan Nasri

Post a Comment

loading...