Penyeluk Saku Dapat Lebih £2 Juta Kini Hidup Mewah...

Kim Farry, 54, memberitahu dokumentari dalam Channel 5 bahawa dia memperoleh pendapatan £50,000 setahun hasil menyeluk saku.


SEORANG penyeluk saku yang mengaku dia memperolehi keseluruhan pendapatan £2 juta hasil mencuri dengan angkuhnya memberitahu dia tidak akan bekerja kecuali mendapat pekerjaan dengan pendapatan £36,000 setahun.

Kim Farry, 54, memberitahu dokumentari dalam Channel 5 bahawa dia memperoleh pendapatan £50,000 setahun hasil menyeluk saku.

Malah dengan bangganya menyifatkan ia sebagai satu perniagaan yang berjaya dan menguntungkan.

Wang berkenaan dibelanjakan dengan mewah termasuk mencacah tatu, melakukan pembedahan plastik serta membeli pakaian berjenama.

Jelasnya, dia memerlukan sekurang-kurangnya £4,000 sebulan dan sebelum ini pernah memohon untuk bekerja namun ditolak dengan alasan tidak memiliki kemahiran lain. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

loading...