Subhanallah... Ngeri, Bayi Tersepit Di Celah Rim Tayar Motosikal...



SEORANG bayi terselamat daripada maut meskipun mengalami detik cemas apabila tersepit pada rim tayar belakang sebuah motosikal dalam kejadian di India.

Menurut sebuah portal negara itu, difahamkan, sebelum kemalangan itu berlaku, bayi berkenaan membonceng motosikal bersama ibunya sebelum dilihat tersepit.

Malangnya, dalam kemalangan yang melibatkan dua beranak itu, si ibu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Menerusi video pendek berdurasi 1 minit 53 saat itu, jelas kelihatan kepala bayi tersebut tersangkut pada roda belakang motosikal berkenaan.

Manakala beberapa anggota badan yang lain seperti tangan dan kaki dilihat terkulai di celah-celah rim motosikal tersebut.



Melalui video itu juga, jelas kedengaran suara tangisan bayi malang itu menahan kesakitan. Di samping itu, orang awam yang melihat kejadian tersebut berusaha menyelamatkan bayi itu.


Sebaik sahaja dia berjaya diselamatkan, seorang wanita dilihat mengendong bayi berkenaan dan berlalu pergi dari tempat kejadian menaiki sebuah motosikal.


Jelas portal itu lagi, mangsa dibawa ke hospital. Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada keadaannya baik atau mengalami sebarang kecederaan pada anggota badan. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

loading...