Kurang Tawaran Kerana Hijab, Elfaeza Kini Bersihkan Surau...


SETIAP manusia pasti berdepan dengan ujian dan cabaran dalam hidup dan bagi pelakon jelita Elfaeza Ulhaq, dia seringkali berdepan dengan cabaran yang memerlukannya untuk membuka tudung bagi melakonkan watak yang ditawarkan kepadanya.

Walau bagaimanapun, bagi Elfaeza, dia tidak akan membuka tudungnya dan akan menolak permintaan tersebut dengan baik.

“Saya akui kini saya kurang muncul di televiyen kerana sudah bertudung. Tawaran yang datang pula memerlukan saya untuk membuka tudung kerana ia merupakan drama berbahasa Inggeris.

“Ia bagaikan ujian kepada saya kerana dimasa saya tidak mempunyai pekerjaaan, saya terpaksa menolak pula tawaran yang memerlukan saya membuka tudung. Tetapi saya reda kerana ia ujian Allah kepada saya,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Elfaeza, sepanjang bulan Ramadan ini, dia giat menjalankan kerja amal membersihkan karpet surau-surau sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Saya dan seorang rakan yang mempunyai syarikat memcuci karpet mengambil peluang untuk melakukan kerja amal mencuci karpet surau. Orang akan suka dan selesa jika surau dalam keadaan yang bersih,” jelasnya. -MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

loading...