Kematian Menantu Timbalan Pedana Menteri, Tindakan Akan Diambil Jika Ada Salah Laku...

Saya mengucapkan takziah kepada keluarganya. Ia amat tragik untuk orang yang sihat sepertinya."


KUALA LUMPUR: Tindakan undang-undang akan diambil terhadap sebuah klinik pergigian di Bangsar, jika hasil bedah siasat mendapati wujud kecuaian atau kejanggalan yang menyebabkan kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam bagaimanapun berkata, terlalu awal untuk beliau mengulas lanjut tentang kejadian itu.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarganya. Ia amat tragik untuk orang yang sihat sepertinya.

“Proses undang-undang akan berjalan jika terdapat kejanggalan atau kelakuan tidak profesional mengikut Akta Pergigian 1971,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut seorang ahli keluarga Ahmad Zahid yang enggan dinamakan berkata, Syed Alman Zain, 44, telah pergi ke klinik pergigian di Bangsar itu kira-kira jam 6 petang semalam untuk mendapatkan rawatan gigi bersama seorang rakannya sebelum dilaporkan tidak sedarkan diri.

Beliau kemudiannya dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya kira-kira jam 7 malam dan disahkan meninggal dunia.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, 37, dan tiga anak iaitu Arjuna Iskandar, Zaheed Alwi dan Khadeeja Sofea.





Post a Comment

loading...