Hairul, Hanis Zalikha Selamat Timang Anak Sulung Lelaki....

Hairul, Hanis Zalikha Selamat Timang Anak Sulung Lelaki

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan selebriti popular, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang selamat menimang cahaya mata sulung, malam tadi.


Berita gembira itu dikongsikan oleh Hairul yang juga juara Fear Factor Selebriti Malaysiamenerusi laman Instagramnya.

“Alhamdulillah Jumaat, tepat jam 8.17 malam isteri saya selamat melahirkan zuriat kami yang pertama syukur ke hadrat Ilahi,” tulisnya.

Pasangan ini menamakan anak lelaki mereka dengan nama Yusuf Iskandar.

Yusuf yang dilahirkan seberat 3.85 kilogram kini berada dalam keadaan sihat walafiat.

Selain itu, Hairul turut meminta peminat mendoakan yang terbaik buat isteri dan anaknya.

Semoga kehadiran si kecil ini memberi sinar lebih bahagia dalam keluarga Hairul dan Hanis. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

loading...