Gambar: Ratusan ‘Tentera’ Sado Sparta Berarak Di China...



SEBUAH perkampungan di Sanlintun, Beijing telah dibanjiri dengan ratusan ‘tentera’ Sparta yang berbadan sado bagi mempromosikan sebuah kedai makan pada rabu lalu.


[LAGI GAMBAR: 300 LELAKI SADO BERPAKAIAN SEPERTI TENTERA SPARTA]



Strategi bijak pemilik kedai makanan tersebut ternyata membuahkan hasil kerana kehadiran ratusan model lelaki yang berpakaian seperti tentera Sparta di situ telah menarik perhatian orang ramai terutamanya wanita.

Teruja dengan tayangan badan yang menggiurkan, ramai wanita yang melalui kawasan itu dilihat singgah sebentar untuk bergambar dengan model-model tersebut.





Namun, tindakan itu bukan sahaja menarik perhatian masyarakat, ia turut menarik perhatian pihak polis yang menasihati mereka untuk bersurai kerana mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Walaubagaimanapun, dua orang model dilaporkan telah bertindak ganas sehingga terpaksa dikawal oleh pihak polis yang bertugas.

Media tempatan menyatakan penganjur kedai terbabit tidak memohon permit untuk melaksanakan acara itu.

– Agensi/MYNEWSHUB.CC













Post a Comment

loading...