Al-Fatihah.... Ibu Datuk Aznil Nawawi Meninggal Dunia...



TAKZIAH diucapkan buat pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi atas pemergian ibunda tercinta, Allahyarhamah Norbaiti Surur, 90, malam tadi.

Ibu Aznil menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada jam 12.56 pagi.

Berita sedih itu dikongsikan Aznil menerusi akaun laman sosial Instagramnya, dengan menulis; “Assalamualaikum. Dengan rasa dukacita saya ingin maklumkan Bonda saya, Hajah Norbaiti Bt Hj Surur telah kembali ke Rahmatullah dalam pukul 12:56pagi 27 Jun 2016 bersamaan 22 Ramadhan 1437. Harap dapat sama2 doakan kesejahteraan ibu saya di sana. AlFatihah.”


Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat pada jam 11 pagi tadi.

Nurbaiti meninggalkan tujuh orang anak, 17 cucu serta empat cicit. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

loading...