9 Hasil Karya Yang Memukau Mata Sebagai Tanda Protes Masalah Jalan Rosak & Berlubang.. Agak-agak korang boleh tak buat macam ni kat Malaysia..??

Perkara ini bukan lagi hal baru, namun harus diakui jalan yang rosak dan berlubang akan mendatangkan kecelakaan kepada pengguna jalan raya dan juga turut mengakibatkan kerosakan kepada kenderaan anda. Di Malaysia sendiri, terdapat juga korban jiwa dilaporkan akibar dari jalan yang rosak.

Kes yang sama ini juga turut berlaku di India. Meskipun banyak pihak yang telah membuat aduan kepada pihak berkuasa, namun masih tiada sebarang tindakan dari pihak berwajib. Berang dengan tindakan pihak berwajib yang tidak mengambil tindakan, seorang penggiat seni lukis bernama Baadal Nanjundaswamy mengambil inisiatif sendiri demi membuka mata pihak berwajib yang seolah-olah tidak mengambil endah masalah ini.

Dari laman web Huffington Post, pemuda ini telah “memanfaatkan” setiap jalan yang berlubang untuk menghasilkan karya lukisan yang sungguh luar biasa untuk memperli pihak berkuasa yang tidak bertanggungjawab. Bermula dari seekor ular anakonda gergasi, potongan tangan manusia yang meminta tolong sehinggalah buaya raksasa diletakkan di tempat jalan yang berlubang hingga menarik perhatian semua pihak.

Semestinya karya oleh pemuda ini merupakan hasil buatan tangannya sendiri dan bukannya buaya ataupun anakonda asli. Pihak berwajib mula melakukan pembaikan jalan yang berlubang dan rosak setelah hasil karya ini seolah-olah memperli kredibiliti mereka.

Berikut 9 karya hasil pemuda ini sebagai tanda protes masalah jalan rosak dan berlubang.


V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V





















Satu tanda protes yang sangat menarik dilakukan oleh pemuda ini.

Sumber dari The Huffington Post dan Facebook The Logical Indian

Post a Comment

loading...