F

Rumah Pengantin Perempuan 'Kosong' ketika Hari Perkahwinan, Hilang Bersama RM 16,000

Rombongan dah sampai, tapi rumah pengantin kosong..


TAMPIN, 3 Apr - Impian seorang lelaki yang bekerja sebagai posmen untuk disatukan dengan kekasihnya hancur apabila bakal pengantin perempuan itu lesap.

Lebih pedih apabila lelaki terbabit mendapati kediaman bakal pengantin perempuan tidak berpenghuni dan bakal isterinya itu tidak dapat dihubungi sedangkan mereka sepatutnya disatukan dan dinikahkan di rumah tersebut sebagaimana yang diputuskan sebelum ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 10 pagi itu, rombongan pengantin lelaki juga terpaksa menanggung malu dan rasa tertipu kerana telah pun menyerahkan hantaran RM16,000 sebelum hari pernikahan.

Lebih perit apabila tarikh 2 April; yang dipilih sebagai tarikh pernikahan; merupakan ulang tahun kelahirannya.

Difahamkan juga, perbincangan majlis akad nikah dan perkahwinan belah pihak pengantin perempuan telah pun ditetapkan sebelum ini dan kad jemputan telah pun dibuat, namun jiran berdekatan tidak tahu menahu tentang majlis itu.

Sudah Bertunang

Sumber Sinar Harian berkata, pengantin lelaki berusia 26 tahun itu sudah pun bertunang dengan bakal pengantin perempuan itu yang berusia 22 tahun yang juga pekerja sebuah kedai telefon bimbit di Pulau Sebang pada pertengahan 2014.

“Mengikut perjanjian semasa majlis pertunangan, mereka sepakat menunggu tempoh dua tahun bagi memberi peluang kepada bakal pengantin lelaki mengumpul wang hantaran RM19,000.

“Bakal pengantin lelaki yang hanya bekerja sebagai posmen di Kuala Lumpur itu berjaya mengumpulkan wang hantaran dengan hasil titik peluh bekerja sebagai posmen dengan gaji RM900 sebulan serta bantuan kewangan daripada adik-beradiknya yang lain,”
katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sumber juga berkata, lelaki tersebut telah pun menyerahkan wang hantaran RM13,000 kepada keluarga pengantin perempuan yang tinggal kira-kira 3 km dari kediaman keluarganya pada pertengahan November lalu. Pada awal Mac, lelaki itu juga telah menyerahkan wang sebanyak RM3,000 lagi.

Baki RM3,000 lagi bakal diserahkan kepada pihak perempuan pada hari akad nikah yang sepatutnya berlaku semalam.

Selain itu, lelaki tersebut juga turut mengalmi kerugian lebih RM30,000 kerana sudah membuat pelbagai persiapan di majlis perkahwinan rumah pengantin perempuan termasuk pelamin, baju pengantin dan jurukamera.

Saman Malu

Difahamkan juga lelaki itu akan mengambil tindakan saman malu berhubung kejadian kerana bakal pengantin perempuan melarikan diri di hari perkahwinan termasuk mengedarkan kad jempuan perkahwinan bagi pihak keluarga lelaki.

Menurut sumber, mangsa bakal mengambil tindakan saman malu berhubung insiden berkenaan kerana bakal pengantin melarikan diri di hari perkahwinan termasuk mengedarkan kad jemputan perkahwinan bagi pihak keluarga lelaki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden berkenaan. - Siakapkeli.my
Rumah Pengantin Perempuan 'Kosong' ketika Hari Perkahwinan, Hilang Bersama RM 16,000 Rumah Pengantin Perempuan 'Kosong' ketika Hari Perkahwinan, Hilang Bersama RM 16,000 Reviewed by abmalik on 07:34 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.