F

Guru Kejam Pukul Anak Murid Hingga Lebam Kerana Salah Eja...




KEJAMNYA… Seorang guru berdepan tindakan buang kerja selepas memukul muka anak muridnya dengan pembaris hingga bengkak dan lebam, hanya semata-mata kerana budak itu salah eja di utara Vietnam.


Budak perempuan berkenaan yang hanya dikenali sebagai T, terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital akibat mengalami bengkak di bawah mata.

Guru berkenaan, Tran Thi Thu Tra, dikatakan ‘naik angin’ apabila T tersalah eja semasa ujian ejaan diadakan.

Dia bukannya membantu T sebaliknya Tra memukul muka budak itu. Ketika ini Tra telah digantung tugas dan berdepan tindakan pecat sebaik sahaja siasatan selesai.

Sementara itu, ibu T berkata anaknya terpaksa dibantu oleh dua kawan sekolahnya ke rumah kerana mengalami kesakitan.

“Muka anak saya bengkak dan lebam. Dia sangat sedih dan takut,” kata ibunya. –Mynewshub.cc

Guru Kejam Pukul Anak Murid Hingga Lebam Kerana Salah Eja... Guru Kejam Pukul Anak Murid Hingga Lebam Kerana Salah Eja... Reviewed by abmalik on 08:54 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.