F

Dah 3 Kali Jumpa Doktor, Akhirnya Ini Rawatan Batuk Berkahak Bayi....

“Jemah saja la nak share pengalaman.. Hari tu si techik ni balik je dari taska, demam dan batuk berkahak sampai hilang suara seminggu!”

“Bernafas pun ikut mulut..nafas yang laju dan berbunyi. Nak minum susu apatah lagi tak selesa, sebab hidung sumbat dan tidur pun tak nyenyak. Luluh hati mamanya tengok, “mata panda” tak payah la cerita, kan..”


Inilah yang ingin dikongsikan oleh Puan Fazira Salleh dalam salah satu ‘post’ di laman Facebook peribadinya yang kini sudah mencecah lebih 7,000 ‘shares’. Apa yang menarik. Puan Fazira sudi berkongsi gambar langkah demi langkah supaya lebih ramai yang mudah membuat rujukan.

3 Kali Bawa Anak Jumpa Doktor Sehingga Ditahan Wad

“Punya risau pasal anak, sampai 3 orang doktor kitorang jumpa,.. buat stim dan ‘percussion’, mandi wap laa…jenuh. Kahak dan hingus tak moh gak keluar! Degil betul!! Si techik ni jenis susah nak muntah pulak lagi..urghh!

Sampai pergi ’emergency’ hospital Putrajaya hari tu,..dan si techik ni kena neb 3 kali dalam tempoh 4 jam. Kalau yg berstatus mak bapak tu mesti tau, dia punya bersilat nak bagi neb tu macam mana kan.. sudahnya doktor suruh warded.”
Cara Semulajadi Yang Saya Gunakan Untuk Rawat Bayi Batuk Berkahak

Setelah puas mendapatkan rawatan dan mencuba, rupa-rupanya si kecil ini hanya serasi dengan ‘natural remedies’.

Caranya:

1. ‘Lemon Bath’
2. ‘Garlic Oil’
3. Sedut hidung

“Wallaa!! It works wonder!!!”

1. ‘Lemon Bath’
Dah ramai sebenarnya yang tahu kebaikan air lemon kan. Ia mengandungi sumber vitamin C yang banyak digunakan untuk merawat demam, selesema, loya, dan macam-macam lagi.



Cara Menyediakan:

Air suam + sebiji lemon

Ambil sebesen air suam dicampur dengan sebiji lemon yang telah dihiris nipis-nipis. Perah sedikit jusnya dan masukkan si kecil sampai sebati… (Eh? Hiihiii…)



Lemon ini tersangatlah wangi dan segar baunya. (Tak perlu gunakan pewangi tandas!)

Kalau ada ibu bapa yang teringin mandi sekali, silakan.

2. ‘Garlic Oil’

Berikut adalah bahan yang digunakan untuk langkah seterusnya.

Untuk membuat minyak bawang putih atau ‘garlic oil’, saya menggunakan minyak zaitun dan bawang putih.

Alatan yang jernih tu, penyedut hidung. Kita akan gunakan selepas selesai menyapu minyak ini.


Cara Menyediakan:

Bawang Putih + Minyak zaitun

“Bawang putih diracik halus-halus…..kalau rajin lah. Jemah malas..jadi ketuk je dengan pisau.. haaha!! Seulas bawang putih campur dengan sesudu besar minyak cukup.”


Inilah rupa ‘garlic oil’ tu. Jangan buat sampai sebotol ya, ‘garlic oil’ ini hanya dapat bertahan untuk 2-3 hari saja.


Seterusnya, sapu ‘garlic oil’ kat dua-dua tapak kaki.


Kemudian, pakaikan stokin.


Jangan lupa sapukan pada dada dan belakang. Sapukan sambil selawat ya. Pakailan baju… dan sedut hidung!

3. Sedut Hidung

Alat penyedut hidung boleh dirujuk di gambar atas tadi.

Alat ini boleh dibeli di mana-mana farmasi. Serius, penciptanya patut dianugerahkan ‘nobel price’ sebab praktikal dan membantu sangat-sangat! Tabik‘spring’!


Memula ingatkan si kecil ini tak ada hingus, sebab tak ada yang meleleh pun.

Tapi, ada dengar macam bunyi kahak tersangkut. Rupa-rupanya bila disedut dengan alat ini…Banyaknya yang keluar!


Mula-mula, si kecil marah dan meronta juga. Lama-kelamaan, dia menyerah. Mungkin rasa selesa selepas disedut keluar kahak tersebut. Inilah hasilnya!(“….Perasaan macam menang ‘award’!”)

Hidung dah tak tersumbat, barulah selesa nak minum susu.



Tidur pun lena.

Tiada lagi batuk berkahak. Dah sihat, boleh pergi jalan2. Weehuuu!

Nak cuba juga, silakan ya!


Pesanan Buat Ibu Bapa

Kepada ibu bapa yang nak cuba penawar semulajadi atau ‘natural remedies’ ini, memang kena tabah dan banyakkan bersabar.

Si kecil yang tak sihat biasanya akan merengek dan minta didukung sepanjang masa.

Rawatan sebegini mengambil masa juga untuk ‘recover’ kerana tubuh badan si kecil sedang membina sistem imunnya.

Semoga bermanfaat!



**Sumber dan maklumat asal dikongsikan oleh Puan Fazira Salleh melalui laman Facebook peribadinya di www.facebook.com/fazira.salleh
Dah 3 Kali Jumpa Doktor, Akhirnya Ini Rawatan Batuk Berkahak Bayi.... Dah 3 Kali Jumpa Doktor, Akhirnya Ini Rawatan Batuk Berkahak Bayi.... Reviewed by abmalik on 10:26 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.